Jabatan Dietetik & Sajian

 KETUA JABATAN

Amirozlin Binti Amsar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5304

 

PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah sebuah Jabatan sokongan klinikal di Hospital Serdang. Jabatan ini terletak bersebelahan Jabatan Farmasi di sayap Barat aras satu Hospital Serdang.
Jabatan Dietetik dan Sajian menyediakan 2 perkhidmatan, iaitu:

  • Perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit.
  • Perkhidmatan sajian yang mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized) sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

 

1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal

   Pesakit Dalam:

  • Dietetik klinik pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan. Penilaian status pemakanan, diagnosis pemakanan dan intervensi pemakanan dijalankan secara individu.

   Pesakit Luar:

  • Perkhidmatan Dietetik untuk pesakit luar dijalankan sebagai kesinambungan rawatan pemakanan selepas pesakit keluar dari hospital. Perkhidmatan dijalankan secara individu dan berkumpulan berdasarkan rujukan mengikut jadual  yang telah ditetapkan.

 2. Perkhidmatan Dietetik Komuniti:

  • Pegawai Dietetik juga memberikan perkhidmatan
    Dietetik Klinikal pesakit luar di Klinik Kesihatan Salak 
    dan dijalankan 2 kali sebulan. Selain itu, Pegawai Dietetik juga mengendalikan Program Trim n Fit.

  • Program ini merupakan program pengurusan berat badan yang diadakan untuk anggota Hospital Serdang yang mempunyai masalah berat badan. Pegawai dietetik juga terlibat secara aktif dalam program – program lain seperti kempen makan secara sihat, program penyusuan susu ibu  serta seminar atau forum awam yang anjurkan  di hospital ataupun agensi luar.

 
 3. Perkhidmatan Sajian 
Bekalan Makanan:

  • Perkhidmatan sajian  mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized)  sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 
 4. Perkhidmatan sajian menyediakan :

  • Diet normal dan teraputik kepada pesakit dalam, mother accompanying child (MAC) ,pesakit di pusat rawatan harian  dan Unit hemodialisis.

  • Bekalan makanan kepada anggota yang berkelayakan berdasarkan prosedur dan pekeliling yang dikeluarkan oleh  Kementerian Kesihatan.

Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan bekerjasama dengan syarikat kontraktor dalam merancang menu. Pihak Jabatan Dietetik Dan Sajian juga bertanggungjawab  memantau perkhidmatan sajian yang diberikan agar menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Bahan Makanan Kering dan Medical Food

Perkhidmatan ini menyediakan:

  • Bekalan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak
  • Produk enteral kepada pesakit mengikut preskripsi pegawai dietetik
 Cara mendapatkan temujanji di Diet Klinik Hospital
 Serdang :

   1. Dapatkan surat rujukan daripada hospital atau klinik
       kerajaan / swasta

   2. Hantarkan surat rujukan di Klinik Diet ATAU hubungi
       talian Hospital Serdang 03-89475555 sambungan
       1069 atau 1068

   3. Pihak jabatan akan menghubungi anda dan
       memberikan masa temujanji menerusi panggilan
       telefon atau melalui sistem pesanan ringkas.
 
          Buat masa ini, perkhidmatan dietetik dan sajian berjalan
  seperti biasa. Kami sentiasa komited menyertai dan
  menyokong sebarang aktiviti promosi kesihatan yang
  dianjurkan oleh jabatan lain yang memerlukan kerjasama
  bersama
 
 Jadual Klinik Pesakit Luar :

HARI

MASA

LOKASI

 Isnin

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

 Selasa

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

 Selasa

2.00 pm – 5.00 pm

Klinik Diet

 Rabu

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

 Rabu (minggu
 pertama dan ketiga)

2.00 pm -5.00 pm

Klinik Nefrologi

 Khamis

9. 00 am  - 1.00 pm

Klinik Diet

 

Objektif Umum

 Memberikan perkhidmatan sajian dan dietetik klinikal secara professional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan

Objektif Khusus

  • Menyediakan diet normal dan teraputik kepada semua pesakit dalam wad, termasuk di pusat rawatan harian dan pesakit hemodialisis.

  • Membekalkan perkhidmatan makanan dan bekalan kering kepada kakitangan yang berkelayakan berdasarkan prosedur dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

  • Memberi Terapi Pemakanan Perubatan (medical nutrition therapy) kepada pesakit untuk memperbaiki status pemakanan mereka dan melengkapkan rawatan perubatan.

  • Memberi khidmat latihan praktikal sajian dan dietetik kepada para pelatih dari institusi pengajian tinggi.

  • Mengendalikan penyelidikan dalam bidang dietetik klinikal serta sajian dan dietetik komuniti berdasarkan keperluan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.

 

Visi

Jabatan Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian dengan mengamalkan pendekatan mengutamakan pesakit, perkongsian bijak, teknologi dan pengetahuan terkini.

Misi

Perkhidmatan Dietetik
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha:

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan dengan merujuk amalan berasaskan bukti serta menyumbang kepakaran yang ada.

  • Menyediakan perkhidmatan dan pendidikan berkualitu dalam bidang terapi pemakanan perubatan.

  • Mengendalikan kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha:

  • Menyedia dan menghidang makanan bersesuaian dengan keperluan pemakanan pesakit melalui proses sajian yang  telah dipiawaikan serta mengamalkan prinsip kebersihan dan keselamatan makanan.

  • Membekalkan makanan kepada pesakit mengikut kehendak dan permintaan selari dengan keperluan pemakanan mereka.

  • Melaksanakan pengurusan kualiti menyeluruh berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan semasa.

  • Memberi penekanan kepada inovasi, pengetahuan dan teknologi terkini.

Piagam Pelanggan

  • Semua pesakit dalam yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan dietetik dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.

  • Makanan akan dihidangkan untuk pesakit dalam wad (4 kali sehari), doctor bertugas atas panggilan (3 kali sehari) dan anggota yang bertugas di Dewan Bedah (1 kali sehari). Makanan yang dihidangkan adalah bersih, selamat dan mematuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan.

 

  • Last Modified: 20 Januari 2022.