KETUA JABATAN Hasnizan binti Hasan |
PENGENALAN Jabatan Farmasi Hospital Serdang telah ditubuhkan dan dibuka bersama Hospital Serdang pada tahun 2005. Ia bertindak sebagai jabatan sokongan yang memainkan peranan penting terutamanya perolehan dan pembekalan bagi ubat dan peralatan perubatan pakaibuang kepada unit-unit dan pesakit. Ketika itu, unit asas yang memberikan perkhidmatan farmaseutikal adalah stor perubatan, farmasi pesakit dalam dan farmasi pesakit luar sahaja. Bermula dengan fungsi asas profesion farmasi iaitu perolehan dan pembekalan ubat, Jabatan Farmasi terus berkembang bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa. Perkembangan ini merangkumi perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam dan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar. Memandangkan Hospital Serdang adalah hospital rujukan bagi disiplin Kardiologi dan Nefrologi, tumpuan perkembangan Jabatan Farmasi juga seiring dengan perkembangan Hospital Serdang. Kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam mempunyai tambahan 2 satelit farmasi di samping Farmasi Bekalan Wad bagi membekalkan ubat secara Sistem Unit of Use (UOU) dan Unit Dose (UDS). Perkhidmatan Farmasi Wad kini mencakupi 6 disiplin dan 25 wad. Bagi perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi kini berkembang dengan 2 satelit farmasi iaitu Satelit Farmasi Rawatan Harian dan Satelit Farmasi Kecemasan. Sehingga kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar menyediakan 5 perkhidmatan ambulatori Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan 4 perkhidmatan tambah nilai (Value added services). Jabatan Farmasi telah berjaya menerima pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia sejak 12 Mei 2011 dan berjaya untuk mengekalkan pengiktirafan ini selama 7 tahun berturut-turut. |
Farmasi Pesakit Dalam
Farmasi Klinik Pakar
Stor Perubatan
1) Alternatif mengambil ubat di Jabatan Farmasi
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Farmasi Klinik Pakar ditalian 03-89475270.
2) Polisi ‘Patient’s Own Medicines’ (POMs)
|
|